Sunday, October 30, 2011

Kota NY

Wohh , dingin musim sejuk New York menggigit .
Dirasa seperti angin sejuk itu mencucuk cucuk ke tulang .
Berjalan melilau di tengah kota Times Square .
Berhenti . Hot Mochapucino diorder .
Dihirup berselang dengan asap Marlboro yang dihembus .

Dicupingku ,  lagu legend Malique berkumandang .
Mengisolasi suara bunyi , intelaktasi dalam aplikasi .
Memerhati bangsa yang dibangga dunia .
Putih . Hitam. Kuning langsat . Arab . Cina .
Kalau dihitung satu per satu .
err, takkanlah . malas menghitung .

Sekali lagi . Aku terperosok di salah satu bandar dunia .
Bandar besar , kota raya orang besar .
Cabaran besar .
Orang gasar.
Moraliti yang digusar .
Tidak jauh beza dengan Kota raya tanah tumpah darahku .
Sivilisasi yang berbeza .

Normaliti lelaki .
Sini medan untuk melempias nafsu pandangan .
Astagfirullah .
Namun tak mampu ku menahan perasaan .
Jelitawan sini sana .
Wanna get laid babyy ?
Kenakalan menggetel gatal hormon ku .
Hirupan terakhir .
Dibakar sebatang lagi cigar .
Ku menyambung langkah ku semula .


p/s ; hormon malam ni tak seimbang dan unpredictable . aku tulis apa yang hati ku mahu .


No comments:

Post a Comment