Sunday, September 18, 2011

kau ada?

aku celaru .
mereka di situ .
aku keliru .
mereka disitu .
aku buntu .
masih. mereka disitu .
terima kasih ?
mereka tidak perlu itu .
tapi. masih . mereka disitu .

 kau ada ?

Kau

kau nak ke mana ?
kemari . duduk .
duduk disini .
bukan . bukan disudut hati .
ambil . ambil ruang segenap hati ini .
pastikan kau kekal .
bukan sahaja disisi .
disegenap diri ini.
ambil . ambil isi hati ini .
jangan biar kan sepi menyapa .
jangan biarkan sedih berdamba .
taknak . aku tak mahu disakiti .
aku benci .
sakit tak terperi .
biarkan aku bergembira .
jauhkan aku dari duka . 
kerana aku bukan hidup selamanya .


Jalan Puan

di sana hiruk pikuk .
bertebaran asap arab shisha .
di situ keramaian .
tapi aku butuh kesunyian.
aku berlalu .
berlalu ke jalan puan .
ditarik sebatang cigar .
dihembus dan berfikir .
bersyukur kepada Tuhan .
Dia selalu merindukan ku kepada kesunyian.
biar ku merindu Tuhan .
walau dalam keramaian .

Thursday, September 8, 2011

Ilmu .

Duduk diatas kolek,
Duduk molek molek-molek,
Kata pakcik dengan Pelat negeri Cek Mek Molek.

Dihujung sana ,
Nampak kehadiran Si Tua,
Kedut ditangan mengukir usianya,
Pasti kasar tangannya,
Tidak dimamah angka usia,
Berbuku pengalamannya,
Masih menebar jala,
Diangkat rezeki harinya,
Ikan yang boleh dikira,
Gagah mencari juga,
Buat santapan Isteri dan keluarga.

Ditebing sungai sana,
Nampak Sang arjuna bergempita,
Bertubuh gagah dan sasa,
Mendepang dada dan berkata;
Welcome Braderr,
Terkesima,
Boleh tahan orangnya,
Masih banyak yang hendak dirasa dan dicuba,
Memenuhi ilmu didada,
Mengisi fikiran dan Minda,
Untuk coretan lain masa,
Pengalaman untuk hari tua.

Rumble .

Belum terlewatkan kalau ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri . Syawal masih disisi. Poket masih diisi oleh duit raya yang diberi.

kejap, kejap . kau ada pembaca ?


Soklan yang sentiasa mengelirukan diriku . Ada, adalah . Kalau tiada tu , tak salah nak bercengkerama sendiri . Merenung kekuasaan Ilahi .

Sedikit perkongsian . Tiada yang lebih indah selain dapat berbuka puasa bersama ahli famili dan rakan rakan yang waktu belum baligh dulu kesana kemari disisi .

Okay , sudah buat entri kali ini . Picisan yang sekali lagi mencoret diri ini .
Oh iya , sudah pagi . Selamat Pagi sayang (;


Kejap .


Kau ada ? _I_