Tuesday, March 6, 2012

makin jauh aku jalan.
makin banyak aku jumpa orang tafsir kehidupan.
aku tak cakap dia salah.
aku tak cakap dia pun salah. 
dia pun aku tak cakap salah.
lain orang lain cara.
tapi tak semua orang suka kita punya bicara .
kengkadang ada lopak.
aku jatuh kopak.
kengkadang ada duri.
aku aku tersagat sendiri.
aku puitis bukan aku romantis.
aku jadi gratis sebab kengkadang aku picis.
banyak lagi .
jauh lagi.
tapi aku percaya.
sakit ini .
pedih ini.
perit ini.
kecewa ini.
satu hari pasti terubat.
mungkin aku mendaki secara tak sedar .
mungkin aku mendayung secara tak sedar.
mungkin aku berlari secara tak sedar.
mungkin satu hari aku sampai puncak.
mungkin satu hari aku jumpa dataran kehidupan kesenangan.
mungkin satu hari aku jumpa pada penamat larian .
semua tu kerja Tuhan.
dan aku masih belayar dalam kehidupan .




Monday, March 5, 2012

ramai yang datang dan pergi.
yang pasti.
setiap satu ada memori.
untuk dikenang dan dipelajari.
ada yang boleh dibawa mati.
apa yang pasti.
segala yang terjadi.
aku ingat.
aku kenang.
sampai.
mati.

Sekolah Aku

aku jahat.
aku nakal.
tapi hari hari aku pergi kuliah.
kengkadang kat tepi kaki lima.
kengkadang kat kedai kopi mamak.
kengkadang dalam kelas ber'air-cond'.
kengkadang dengan bertempiaran di tempat keramaian.
kengkadang dengan pakcik pakcik kesunyian.
kengkadang dengan pembunuh pembunuh upahan.
huh ?
guru aku bukan satu .
bukan yang ajar sejarah itu je.
bukan yang sibuk bercerita pasal circulation of reproduction system tu je.
bukan yang sibuk tegur vocab dang grammar aku yang tunggang terbalik tu je.
bukan yang selalu ingatkan hari mati aku je .
bukan yang selalu tanya pasal international trade system tu je.
guru aku .
kakak pengemis tepi jalan pavi sana.
abang main gitar kat tepi restoran johan kampung baru sana.
brader shisha kat gig sana.
bouncer kaki pukul kat kelab sana.
guard bangla yang kulur kilir kat building tu sana.
buku aku tak habis dengan principle of economics dan buku account.
buku aku tak habis dalam secret of anatomy human body.
buku aku bukan berlapik kertas berdakwat pena sahaja.
buku aku sana tu .
layar kehidupan berwarna sana tu.
yang dilihat dan diperhati.
eh ? tengok jam . dah malam . bukan lewat . tiada lagi istilah lewat .
pembelajaran tak pernah terhad.
cuma , penat .
k jumpa esok bro (:

Thursday, February 23, 2012

Tak selalu aku punyai petang seperti ini ,
Tak selalu aku dapat hidu bau rambut ini seperti ini .
Tak selalu jari jemari ini diisi dengan jari jemari si pewangi .

Kau tahu ;

Aku rindu  kamu .

Tuesday, February 21, 2012

Tatu, Revolver dan Talkin

Yang bertatu itu , Tiger namanya.
Yang berparut sini sana , Dragon panggilnya.
Yang terselit pucuk revolver diketiaknya, jangan ditanya siapa.
Yang gedang bak datang sana , itu kepala gangster .
Yang bertalkin bergomolan atas tikar sembahyang sana, itu tok imam namanya.
Yang mengampu sini sana , itu jangan kau percaya.
Tatu itu .
Parut itu.
Revolver itu.
Gedang itu .
Talkin itu .
Semuanya sama .
Punya satu jiwa.
Punya satu harta.
Punya satu cita .
Bila di Sana .
tetap mengharapkan syurgaNya.

Realiti

Kau campak kat aku, nista.
Kau campak kat aku, dusta.
Kau campak kat aku, hiba.
Tapi.
Kenapa aku masih disini ?
Kenapa aku masih menyendiri ?
Kenapa aku masih memerhati ?
Kenapa aku masih hulurkan tisu simpati ?
Aku yakin.
Suatu hari.
Pasti.
Kau kembali.
Duduk, disisi,
Menggamit, memori.
Bukan , ini bukan cerita disney .
Ini , Realiti.

Monday, February 20, 2012

Hati Batu

Kalau kau tak mengerti.
Tolong , tepi .
Aku tak perlu satu lagi jarum dalam jerami.
Aku tak inginkan tertusuk tajamnya duri .
Aku tak mahu sakit patah hati .
Aku tak mahu lihat kau , disisi.

Kalau kau tak memahami .
Tolong, pergi .
Aku penat benda sama diulangi .
Benda sama , kau ratapi .
Benda sama , kau tangisi .
Benda sama , semak benak hati .
Benda sama , pening kepala ini .

Tolong , kalau kau tak mengerti lagi.
Pergi .
Jauh dari sini .
Tidak kelihatan disisi
Lenyap dari dunia realiti .
Dan.
Biar kau terhapus dalam memori .