Wednesday, June 13, 2012

benci

kau peneriak histeria.
kau pematah hujung pena.
kau pencetus emosi duka.
kau punca marah beraja.
kau syaitan bertopengkan manusia.
kau , tolong keluar dari layar minda .
sekali aku benci.
aku benci.
aku benci.
aku benci.
sampai mati.

Monday, June 4, 2012

kucing dan sayang

entri ini ditulis dengan mata yang setim dan dalam keadaan tidak hyper.

2 3 kucing berlari.
mana nak sama sikucing belang.
yang satu masih lagi mencari.
aku taknak ada lagi yang hilang.


weh , aku sayang kau .

Sunday, May 6, 2012

malam yang rindu

malam
aku dengar kau berbisik
kau meniup bisikan angin ke pokok-pokok yang sentisa berayun mengikut arah angin mu
yang sentisa menadah air hujan tangisan langit malam .

ya , aku tahu .
kau rindu aku .

aku pun begitu .

Tuesday, April 3, 2012

bukan yang lain , masih picisan .

Aku melihat latar sebuah layar.
Mulanya. Perumitannya. Klimaksnya. Endingnya.
Kengkadang sesetengah plot aku rasa absurd.
tak mungkin semua faham apa yang cuba aku sampaikan.
Tapi pada itu , kita melihat sebuah layar.
Tangisnya, tawanya, perihnya,  manisnya.
Yang pasti kalau ciptaan manusia.
Kita perlukan kemanisan untuk sebuah senyuman yang menjamin masa depan.
Aku terfikir layar aku .
Adakah absurd ?
Adakah ia mencecah hanya medium normaliti sedangkan aku seperti manusia lain yang impikan level mustahil ?
Kadangkala aku terlalu kognitif memikirkan latar layar aku .
Dan pada penghujung hari aku sedar aku tak lain tak bukan,
Ciptaan Tuhan.
yang terpalit serba serbi picisan.

Sunday, March 25, 2012

puisi buat mama .

nak mendendang lagu.
aku tak tahu.
nak nyanyikan syahdu.
suara tak merdu.
kelangit ku tadah syukurku.
kerna kau ratu hatiku.

19 tahun aku hidup .
nak kata soleh , tak juga.
derhaka sentiasa, bunyi kejamnya.
saat aku butuh bahumu.
kau sentiasa ada.
diuji dan diduga sentiasa.
tetap cool orangnya.

leterannya ibarat peluru.
nasihat diberi tak jemu-jemu.
cuma anak-anak buat buat tepu.
mama, kau still ratu hatiku .

dua tiga kucing berlari.
mana nak sama kucing belang.
tahun demi tahun silih berganti.
degil macam mana kitorang , mama tetap sayang.

mama, kalau suatu hari aku pergi dulu .
jangan tangis pemergian ku .
secela mana sifat ku .
aku mahu mama tahu , terima kasih sebab jadi ratu hatiku .

have Bless and Blast mama . from aan , angah and adik . also ayah . love you :*



Wednesday, March 14, 2012

kalau dulu aku...maafkan.

kalau dulu aku lakar kan guris hatimu.
kalau dulu aku hiris luka hatimu dengan kaca.
kalau dulu aku campakkan nista dengan kemarahan beraja.
kalau dulu aku robekkan tangis air mata wanita.
kalau dulu aku yang ajar mu erti kesakitan.
maaf tidak akan ku hantarkan sebagai ganti kekesalan.
parut hati bukan ubatnya perkataan.
aku cuba buktikan dengan perlakuan.
aku percaya kau seperti 3 venus ketabahan.
dan dari kau aku percaya ada sumber kekuatan.

Sunday, March 11, 2012

uranus yang hilang

dulu kau bilang aku cinta sempurna.
tapi, kau yang remuk , dibuangnya aku di hujung kaki lima.

dulu kau bilang aku peneman hati mu .
pendakap jasadmu.
tapi , kau yang tolak aku pergi, jauh dari mati.

dulu kau bilang aku menyinar ibarat persona pagi.
sinar umpana uranus di kala malam menghiasi.
tapi kau juga yang lempar kata maki nista dan caci.

dulu.dulu.dulu.
persetankan dengan dulu mu.
aku hidup dengan memori dulu.
memori palsu.
yang kau judikan dulu .